Misteri HANTU MELATI


Misteri HANTU MELATI Di Kampus Kekal Hingga Sekarang | MISTERI YANG MASIH TAK TERJAWAB





Misteri HANTU MELATI Di Kampus Kekal Hingga Sekarang | MISTERI YANG MASIH TAK TERJAWAB | HANYA berkongsi cerita ni daripada Blog Sahabat (BelogHarian1). Katanya: Bila aku masuk penghujung tahun 2005, macam2 aku dengar daripada senior.



Tak taw la sama ada diorang sengaja reka atau memang betul apa yang diceritakan tu. Ni senior la yang cerita. Kata mereka, tapak Kampus ini adalah kawasan perkampungan jin suatu ketika dulu.


Bagi membuka kampus ni, satu perjanjian telah dibuat antara pihak Kampus dan jin tersebut. Kampus tersebut boleh dibina dengan perjanjian, 3 syarat yang mereka berikan mesti dipatuhi dan tidak boleh dilanggar. Dengan kata lain, ada 3 perkara yang kita dilarang buat di kawasan kampus.

Kalau tidak, penghuni Kampus akan terima balasan. 3 syarat tu aku tak boleh la jelaskan apa sebab aku pun tak berapa pasti sangat apa syarat2 tu. Tapi yang aku dikhabarkan, dua dari syarat tu telah dilanggar. Sebab itulah makin banyak kejadian aneh berlaku kat kampus ni. Tak tahu la kesahihan cerita ni sebab aku pun tak berapa nak percaya sangat. Tapi begitulah kisah yang disampaikan oleh senior2 sejak turun temurun, hehehe. Kalau korang nak atau taknak percaya, suka hati la kan.

Kita sambung lagi kisah2 seterusnya…. Dulu kelas kami semua di Fasa 3. Di sana pun banyak kisah2 seram yang aku dengar daripada pak guard dan staf2 yang bertugas di sana. Tempat yang paling menyeramkan di Fasa 3 tu ialah di anjung, tempat makan di sana. Aku diberitahu yang di sana adalah tempat pontianak sebab memang ada yang pernah nampak pontianak tu di sana. Selain di anjung tu, bangunan InEd sekarang adalah salah satu bangunan yang berhantu. Dulu, di sana adalah tempat pengawal, pengawal yang tinggal sana selalu diganggu malam2. Dekat2 dengan kawasan pejabat HEA pun ‘keras’ juga. Memang di sana tu seram sikit.

Aku pi stay malam2 pun memang menyeramkan. Orang cakap, di sana tu adalah laluan hantu. Malam2 akan ada kelibat hantu di sana. Errr… ~ Seperti yang aku cakap, dulu di sana tu kelas. Staf2 yang bekerja malam2 di sana selalu kena. Macam mana kena? Bila diorang tutup lampu, akan ada yang on balik tu lampu. Pernah diorang nampak ‘sesuatu’ jalan2 sekitar bangunan tu di tengah2 malam. Ada sorang brader ni citer, dia pernah sapa sorang guard yang dia jumpa. Tapi guard tu senyap jak. Bila brader tu jalan depan lagi, dia terserempak lagi guard td. Terus dia tanya macam mana guard tu ada di sana sedangkan tadi dia baru je terserempak. Rupa-rupanya guard tu baru je sampai. Naaa..maknanya…….. siapa la yang dia jumpa td?? Meremang bulu roma aku tulis kisah ni.




Kolej lama di sebelah library memang menjadi bangunan yang paling ditakuti oleh semua warga kolej. Kenapa? Sebab ia adalah banngunan yang ditinggalkan dan dikhabarkan terdapat lebih 300 jin yang tinggal di sana sekarang. Orang cakap, apabila ada histeria, ‘benda’ dalam badan budak tu akan dihalau p kolej lama ni. Memang patut la orang takut kan.hahaha. Dulu di sana adalah pejabat kokurikulum. Ada komander pernah cerita yang diorang pernah nampak hantu berdiri depan diorang.. Lintang pukang diorang. Nama MELATI memang popular di kalangan pelajar Kampus. Bagi diorang Melati adalah hantu jelmaan daripada seorang pelajar yang bunuh diri di kolej lama. Entah la betul ka xdak cerita tu. Aku tak berapa percaya sangat. Memang ada aku dengar pelajar kita pernah bunuh diri, tapi tak tahu la d mana dia bunuh diri tu. Tapi memang Melati cukup dikenali. Bahkan bdk2 yang histeria, bila ditanya siapa mereka,  jawapannya tetap sama, MELATI….. Hantu pun suka guna nama Melati. Sah la memang Melati tu paling popular di Kampus situ.

yang ni dari blog yang lain kisah yg sama

Seperti tajuk diatas, apa kena mengenanya Melati dengan cerita seram kali ini. Cerita Melati ini bukan lah kisah cinta, jauh skali kalau cerita cara memasak rendang ayam. Kalau nak tau, Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama Kampus tersebut. Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama  tau sapa Melati. Siapa yang tidak tau ni, mmg saja mau cari psal..

Menurut senior-senior yang terdahulu, Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap, Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam cerita yang diceritakan tentang cara Melati membunuh diri. Tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.

Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam. Entahlah mcm ada musim pula. Sewaktu aku masih menuntut dulu kat Kampus ini, aku ada dengar, pelajar perempuan pernah tinggal dekat blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D, E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C. Menurut pihak asrama pada waktu itu, pertukaran tempat perlu bagi mengelakkan peristiwa (histeria) berulang kembali. Mereka yg ‘bijak’ ini beranggapan pelajar lelaki tidak mudah terkena histeria kerana kuat semangat (ya la tu)

Waktu kami mula-mula menetap dahulu, setiap tandas d blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dibuka oleh pihak asrama. Menurut mereka, ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali, mereka tidak menemui seorang perempuan pun. So kita cuma akan nampak Melati melalui cermin. (ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada dsitu)

Pernah ada budak junior yang baru datang, tinggal d blok B(satu blok asrama la). Apabila diceritakan tentang Melati ini, mereka dengan eksen ketawa dan berkata kalau mereka nampak Melati nanti, diorang akan minta nombor ekor. Pagi keesokkan harinya, mereka berjumpa dengan kami, mereka kononnya telah diganggu oleh Melati dan meminta sedikit nasihat. Kerana ada diantara mereka ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil.

  
Sumber  www.queachmad.com



Post a Comment

Previous Next

نموذج الاتصال