Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad !!! Ini Caranya
Pergi giant sebab nak withdraw duit, malas nak beratur panjang kat dataran sebab susah parking semua. Sekali sampai giant tengok2 tak bawak purse.
Pastu terus teringat boleh buat pengeluaran tanpa kad (cardless withdrawal) kat atm maybank. Google dulu cara dia, pastu pegi buat. Nasib baik la line laju jugak dalam giant ni. Tak payah pegi balik umah amik purse.
Cara2 dia :
1) log in maybank2u
2) klik accounts & banking, pergi bahagian 'transfers'
3) tengok menu under cardless withdrawal, klik 'Open Cardless Withdrawal'
4) masukkan no telefon sendiri, nama penuh & amaun berapa nak keluar (ada pilihan 100, 200, 300 - limit RM300 sehari) *ada servis caj RM1.06 termasuk gst*
5) klik setuju dengan terma & syarat, klik continue, request tac pastu confirm.
6) pastu nnt Maybank send kat no henpon yg di masukkan tadi no id utk transaction dengan kod utk pengesahan.
7) Pegi atm, pilih pengeluaran tanpa kad. Pastu masukkan 16 atau 17 no id yg Maybank bagi di sms tadi, pastu masukkan kod dia bg tu jugak. Terus dpt duit. Mudah kannnn!
So sape2 yg penah jadi cmni gak boleh buat asalkan ada internet. Jangan tinggal selalu pulak purse tu.