Begitu ramai graduan universiti yang dikeluarkan setiap tahun dalam pelbagai bidang. Puluhan ribu golongan terpelajar sama sama bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Ada yang berjaya tetapi ramai juga yang kecundang tanpa diketahui sebab-musababnya.
Oleh kerana penawaran melebihi permintaan di bidang pekerjaan sekarang ini, kita mestilah berusaha melakukan yang terbaik dalam mencapai cita-cita. Kena jadi perfectionist sewaktu menghantar permohonan dan menghadiri sesi temuduga. Kalau boleh tidak mahu ada sedikit kecacatan pun terlihat di mata penemuduga. Typo typo tak mahu eh.
Bila selalu sangat mendengar rungutan dan rintihan orang yang gagal dalam temuduga kerja maka rasanya patut jugalah aku share sedikit apa yang aku pelajari dari seminar dan kursus selain pengalaman sendiri. Penting untuk adik-adik belajar Bahasa Inggeris perbualan. Kalau interviewer speaking London jangan kau jawab cakap Melayu pulak... Fail!
Bila selalu sangat mendengar rungutan dan rintihan orang yang gagal dalam temuduga kerja maka rasanya patut jugalah aku share sedikit apa yang aku pelajari dari seminar dan kursus selain pengalaman sendiri. Penting untuk adik-adik belajar Bahasa Inggeris perbualan. Kalau interviewer speaking London jangan kau jawab cakap Melayu pulak... Fail!
Panduan Menghadiri Temuduga Kerjaya:
1) Sila berpakaian kemas dan bersesuaian.
Pastikan pakaian anda untuk business formal atau business casual. Pakaian jenis business formal contohnya untuk menjadi peguam. Kalau tak suka berpakaian begitu pun pakai je lah masa interview tu. Dah ko nak kerja kan?
Bagi calon wanita, baju kurung selalu sesuai untuk banyak keadaan. Tambahkan dengan blazer berwarna gelap. Seluar panjang/skirt labuh melebihi paras lutut juga sesuai. Jika bertudung sila pakai dengan kemas di luar blazer (kalau dalam blazer dikira aksesori), jangan nanti tudung melilit-lilit tapi rambut terjulur di sana sini. Pakai kasut bertutup berwarna gelap setinggi 1-1.5 inci.
Jika memakai seluar panjang berkain lembut terutamanya berwarna putih/pastel janganlah pakai g-string dik ooi... interview ni acara serius, jangan sampai dipandang rendah interviewer. Penemuduga selalunya dua orang dan susah nak jumpa kombinasi penemuduga yang sama sama gatal. Stokin nipis warna hitam juga tidak sesuai. Euww... very inviting! Dah dapat kerja nanti pakailah, kalau nak sangat.
Mekaplah sikit bagi nampak presentable. Takkan pucat lesi je nak menghadap bakal employer. Mekap nipis je bukannya mekap pengantin ber-kryolan bagai.
Mekaplah sikit bagi nampak presentable. Takkan pucat lesi je nak menghadap bakal employer. Mekap nipis je bukannya mekap pengantin ber-kryolan bagai.
2) Datang awal 30 minit.
Recce tempat temuduga. Mungkin lokasinya memerlukan anda menempuh kesesakan lalu lintas yang sangat teruk.
Kawan aku pernah sampai on the dot semasa menghadiri interview pramugari. Apalagi.. nama kena potonglah walaupun dia pramugari berpengalaman di syarikat lain. Agak agaklah kan apa pre-assumption untuk orang yang sampai last minute ni?
3) Datanglah ke tempat temuduga sendiri.
Sekurang-kurangnya jangan nampak kelibat mak ayah sekali di ruang menunggu tu. Tips ini aku pernah baca dalam sebuah akhbar. Bakal employer tak suka, nampak manja nau.
Kalau bagi alasan naik teksi/Uber sila semak kadar bayaran supaya tak kantoi.
4) Bermanis muka dengan semua orang.
Kita mungkin tak kenal sesiapa di lokasi temuduga. Manalah tahu kan yang dok angkat telefon tu anak si penemuduga yang bekerja part time selepas peperiksaan SPM.
Jangan pandang rendah kepada sesiapa. Datuk Jimmy Choo pun masih melutut membongkok memakaikan kasut pelanggannya. Siapalah kita ni... baru nak memohon kerja saja.
5) Bawa sijil yang disusun kemas.
Elok susun sijil-sijil hebat anda menurut turutan di dalam clear folder (atau cara lain yang lebih menarik dan memudahkan). Hard copy is always relevant.
Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf pernah berkata ada calon yang menggulung sijil mereka semasa datang temuduga. Kau rasa..?? hahah... Ada juga calon lelaki yang menghantar gambar berdiri dekat pasu bunga sewaktu menghantar permohonan kerja. Hahahah...mampos! Jangan buat begini tau!
Sila bawa pen.
Sila bawa pen.
Untuk Maklumat lebih lanjut,,
Anda boleh dapatkan Ebook penuh
"Panduan Untuk Temuduga Kerja"
Ebook ini adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan keyakinan mereka dan kemahiran dalam mempersiapkan dan melaksanakan dengan baik dalam temuduga kerja. Mendapatkan jemputan ke temuduga bermakna anda telah melepasi halangan pertama – permohonan anda mesti membuat kesan yang baik. Sekarang anda perlu sediakan diri untuk temubual untuk memastikan bahawa anda tidak membazir peluang.
Price: RM 1.00
Product Type: E-book
Title : Panduan Untuk Temuduga Kerja
File Size: 564kb
Product Type: E-book
Title : Panduan Untuk Temuduga Kerja
File Size: 564kb
Format File : PDF File
Category: Jobs and Careers
Category: Jobs and Careers